New York Cheese Cake
Crust (base untuk kek)
2 cawan (200 gm) biskut Digestive dihancurkan
1/4 cawan (50 gm) gula
1/2 cawan (114 gm) butter, unsalted..dicairkan dulu
Filling
32 oz (1kg) cream cheese philadelphia, keep at room temperature
(actually nak letak 750gm pun boley, so tak la muak sgt nak makan)
1 cawan (200gm) gula
3 sudu besar (35gm) tepung serbaguna
5 biji telur - room temperature
1/3 cawan (80 ml) heavy whipping cream
1 sudu besar kulit lemon (parut yg luar jer)
1 sudu kecik vanilla
Campurkan biskut digestive yang dah dihancurkan dgn gula dan butter yang dah cair tu...gaulkan, tgk gambar di bawah
Step 2
Masukkan cream cheese tu dengan gula dan tepung, guna medium speed untuk mixed all the item dalam 2 atau 3 minit, pastu masukkan telur satu persatu, then masukkan whipped cream dengan kulit limau, nak sedap sket masukkan 2 sudu besar lemon juice (ni resipi aku sendiri) dan juga 2 sudu besar tepung kastad, kasik kaler kuning cantiks sket!
Cantik tak mixer baru kiter...hahaha...nak tau citer? dah siap2 barang nak mix..cari mixer tak jumpa..rupanya mak aku dah export g umah kakak aku! nak tak nak g la beli mixer baru...lepas ni tiap2 minggu weh buat kek yerr...
Bila dah sebati, keluarkan pan yang ada crust dari peti sejuk then apa lagi...kasi taruk la err...springform pan ni pun bau kedai lagi...hehehe...
Yang paling penting....PREHEAT OVEN dalam 350 degree F (177 degrees C), dalam 15 - 20 minit! Maknanya time you ols tgh bancuh2 tuh..stat preheat la oven tuh...then masukkan pan dan bakar selama 15 minit, lepas 15 minit lower the temperature ke 250 degrees F (120 degrees C) selama 1 1/2 jam, sambil2 tu check la tengah dia samada dah masak ker belum..caranya, guna la lidi dan cucuk ke dalam kek...bila tarik bersih takder cheese melekat maknanya dah masak......
Keluarkan dari oven dan biar sejuk, bila dah sejuk masukkan ke dalam peti ais untuk 4 jam (lebih kurang arr...) jangan lupa balut dengan cling wrap untuk maintain moisture...kering x sodap! and VOILAAA!!!!
Ini lah hasilnya....saya sedia menerima tempahan..wakakakakak!!! so kawan2 bila mau buat weekend cooking class???